Breaking News
light_mode
Beranda » Ekonomi » Pengeluar Produk Latvia Memperkukuh Kehadiran dalam Pasaran F&B Premium Malaysia

Pengeluar Produk Latvia Memperkukuh Kehadiran dalam Pasaran F&B Premium Malaysia

  • account_circle vritimes 2
  • calendar_month Minggu, 23 Agt 2026
  • visibility 52
  • comment 0 komentar

Kuala Lumpur, Malaysia – 17 Ogos 2026 – Untuk Siaran Segera

Premium European Products (PEP) terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran makanan dan minuman Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai keminatan tinggi terhadap produk tenusu, produk seperti keju merupakan antara pilihan kegemaran rakyat Malaysia dan sering menjadi sebahagian daripada hidangan harian, daripada roti berkeju untuk sarapan pagi, keju bakar bersama nasi makanan laut untuk makan tengah hari, hinggalah milkshake sebagai pencuci mulut selepas makan. Seiring dengan perkembangan ini, PEP melihat potensi besar dalam pasaran Malaysia untuk memperkayakan pilihan makanan harian pengguna menerusi rangkaian produk Eropah premium yang berkualiti tinggi.

Perkembangan ini didorong oleh peningkatan permintaan rakyat Malaysia terhadap produk import premium. Selaras dengan arus globalisasi, pengguna kini lebih terbuka untuk meneroka barangan luar negara yang berkualiti serta menawarkan pengalaman gastronomi yang pelbagai. Sehubungan itu, PEP memberi peluang kepada pengguna tempatan untuk mengenali dan menikmati pelbagai produk makanan Eropah bermutu tinggi. Produk-produk ini juga mudah disesuaikan dengan cita rasa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum—seperti inovasi penggunaan minyak zaitun dalam hidangan tempatan ikonik seperti nasi lemak. Ini jelas mencerminkan fleksibiliti dan kepelbagaian ramuan Eropah dalam seni masakan tanah air.

Menerusi kempen ini, pengeluar dari Latvia berpeluang meningkatkan keterlihatan produk mereka dalam pasaran profesional mahupun pengguna tempatan. Pelbagai pilihan makanan premium diketengahkan, antaranya:

– Produk Tenusu: Mempunyai rasa yang kaya dan berkrim—sesuai dinikmati terus atau dijadikan ramuan utama dalam seni pembuatan pastri, bakeri, dan pencuci mulut.

– Buah-buahan Kering Bergula: Menawarkan kemanisan semula jadi yang ideal sebagai snek sihat mahupun pelengkap hidangan manis.

– Coklat & Konfeksi: Menampilkan kepekatan rasa koko yang kaya dan beridentiti tersendiri.

– Makanan Ringan Masin: Pilihan snek rangup yang menyelerakan untuk pelbagai sajian santai.

Rakyat Malaysia sememangnya menggemari pencuci mulut semasa minum petang mahupun selepas makan malam, dengan hidangan tradisi seperti ais kacang dan cendol kekal menjadi pilihan utama.Kehadiran buah-buahan kering, coklat, dan produk tenusu dari Latvia membuka peluang kreatif buat Pengusaha Perkhidmatan Makanan (F&B) tempatan. Gabungan ramuan Eropah ini bersama elemen kulinari Malaysia mampu melahirkan sajian fusion baharu yang unik dan memikat selera pengguna tempatan.

Fleksibiliti, kualiti, dan keaslian produk Latvia menjadikannya sangat sesuai untuk pasaran Malaysia yang dinamik—sama ada bagi sektor katering, pembuatan makanan, mahupun jualan runcit.Menerusi kempen Premium European Products, pengeluar Latvia berpeluang menembusi segmen bernilai tinggi di Malaysia, seperti francais minuman teh susu (milk tea) dan pencuci mulut sejuk yang kian mendapat sambutan hangat.

Pengenalan produk Latvia bersama produk Greek Protected Designation of Origin (PDO) memperkukuh usaha inisiatif PEP dalam mempromosikan warisan makanan Eropah. Langkah ini sekali gus membuka ruang bagi pengeluar Eropah membina rangkaian strategik serta meneroka rakan niaga baharu dalam industri makanan Malaysia.Sejak 2024, inisiatif PEP telah berjaya memperluas akses pasaran dan memangkas kerjasama perniagaan serta penemuan produk antara pengeluar Eropah dengan pemain industri tempatan.

Nota kepada Editor:

Mengenai Produk Eropah Premium:

Kempen “Produk Eropah Premium” ialah program promosi yang dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah. Ia menyerlahkan keselamatan, kebolehkesanan dan perisa tulen produk agrimakanan Eropah, menyokong pengembangannya ke pasaran antarabangsa yang berkembang pesat seperti Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen “Produk Eropah Premium”, sila lawati https://premiumeuropeanproducts.eu/ atau email kami ke  info@premiumeuropeanproducts.eu.

Halaman khusus untuk program ini boleh didapati di Instagram, Facebook dan YouTube, @premiumeuropeanproducts.

Mengenai Kesatuan Kebangsaan Koperasi Pertanian Greece (ETHEAS)

Diasaskan oleh koperasi terkemuka Greece dan ditubuhkan oleh undang-undang Greece, ETHEAS ialah badan penyelaras kebangsaan Koperasi Pertanian di Greece. Dengan lebih 300 anggota koperasi yang mewakili kira-kira 80% daripada jumlah pusing ganti koperasi pertanian Greece, ETHEAS bermatlamat untuk memupuk pembangunan luar bandar dan koperasi, menyokong dan mempromosikan aktiviti ahlinya di dalam dan di peringkat antarabangsa, memberikan pendapat pakar tentang pengeluaran pertanian gerakan koperasi dan pembangunan sektor, menyelia penyebaran dan promosi idea koperasi, dan berkhidmat serta menyelidik projek ahlinya.

Mengenai Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC)

Jawatankuasa Tenusu Latvia (LDC) telah ditubuhkan pada tahun 1995, mewakili sektor pemprosesan tenusu Latvia dan bertujuan untuk melindungi kepentingannya. Ia terdiri daripada 17 ahli memproses kira-kira 80% susu yang dihasilkan secara industri di Latvia.

Press Release juga sudah tayang di VRITIMES

  • Penulis: vritimes 2

Rekomendasi Untuk Anda

  • International Undergraduate Program Pilihan untuk Future Creative Designer

    International Undergraduate Program Pilihan untuk Future Creative Designer

    • calendar_month Rabu, 15 Jul 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 65
    • 0Komentar

    Menjadi desainer di era digital tidak hanya soal mahir menggambar. Kamu butuh pola pikir global, kepekaan terhadap budaya, dan kemampuan beradaptasi dengan teknologi terkini. Untuk anak muda berjiwa kreatif yang ingin bersaing di kancah global, kini tersedia international undergraduate program yang dirancang khusus untukmu, yaitu Graphic Design & New Media di BINUS International. Program studi ini memadukan […]

  • BRI Finance Bidik Pertumbuhan Pembiayaan EV untuk Perkuat Portofolio Berkelanjutan

    BRI Finance Bidik Pertumbuhan Pembiayaan EV untuk Perkuat Portofolio Berkelanjutan

    • calendar_month Minggu, 5 Jul 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 77
    • 0Komentar

    Jakarta, 8 Juni 2026 – Upaya pemerintah dalam mempercepat transisi menuju transportasi berkelanjutan terus menunjukkan sinyal positif. Salah satunya melalui kebijakan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta yang memberikan pembebasan pajak kendaraan listrik, yang dinilai dapat menjadi katalis bagi pertumbuhan ekosistem kendaraan ramah lingkungan di Indonesia. PT BRI Multifinance Indonesia (“BRI Finance”) memandang kebijakan tersebut sebagai langkah […]

  • Duta Besar India Nilai Open Network Berpotensi Besar Dorong Ekosistem Digital Indonesia

    Duta Besar India Nilai Open Network Berpotensi Besar Dorong Ekosistem Digital Indonesia

    • calendar_month Selasa, 2 Jun 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 69
    • 0Komentar

    Jakarta — Duta Besar India untuk Indonesia, Sandeep Chakravorty, menilai Indonesia Open Network (ION) memiliki potensi besar untuk memperluas ekosistem digital Indonesia melalui sistem yang lebih terbuka, inklusif, dan saling terhubung. Hal tersebut disampaikan Sandeep Chakravorty saat menghadiri penutupan ION Launch Workshop di SMESCO Jakarta, Jumat (22/5/2026). Workshop tersebut mempertemukan developer, startup, dan pelaku teknologi dari […]

  • Tangkap Tren Renovasi Hunian,  BRI Finance Perluas Akses Pembiayaan Masyarakat yang Fleksibel

    Tangkap Tren Renovasi Hunian, BRI Finance Perluas Akses Pembiayaan Masyarakat yang Fleksibel

    • calendar_month Senin, 13 Apr 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 79
    • 0Komentar

    Jakarta, 14 April 2026 – Kebutuhan akan hunian yang nyaman, fungsional, dan adaptif terhadap dinamika gaya hidup terus mengalami peningkatan khususnya di beberapa tahun terakhir. Bagi banyak keluarga Indonesia, rumah tidak hanya berfungsi sebagai tempat tinggal, tetapi juga sebagai ruang aktivitas yang harus mampu mengakomodasi berbagai kebutuhan, termasuk bekerja, beristirahat, hingga interaksi keluarga. Sejalan dengan […]

  • Mahasiswa Universitas Perjuangan Tasikmalaya Melakukan Kunjungan Kuliah Kerja ke PLTA Jatigede

    Mahasiswa Universitas Perjuangan Tasikmalaya Melakukan Kunjungan Kuliah Kerja ke PLTA Jatigede

    • calendar_month Senin, 23 Feb 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 92
    • 0Komentar

    Sumedang, 3 Februari 2026 Pada tanggal 3 Februari 2026, mahasiswa Program Studi Teknik Sipil dari Universitas Perjuangan Tasikmalaya melakukan Kunjungan Kuliah Kerja ke PLTA Jatigede, Sumedang, Jawa Barat. Kegiatan ini bertujuan untuk menambah wawasan dan pengalaman langsung mengenai sistem pembangkit listrik ramah lingkungan serta pemanfaatan energi terbarukan. Dalam kunjungan nya pihak Universitas langsung diterima oleh […]

  • Penemuan Jenazah di Gardu PLN Sekitar Stasiun Pancoran Tidak Ganggu Operasional LRT Jabodebek

    Penemuan Jenazah di Gardu PLN Sekitar Stasiun Pancoran Tidak Ganggu Operasional LRT Jabodebek

    • calendar_month Rabu, 2 Sep 2026
    • account_circle vritimes 2
    • visibility 54
    • 0Komentar

    LRT Jabodebek memberikan penjelasan terkait penemuan jenazah di area gardu listrik PLN yang berada di sekitar Stasiun LRT Pancoran, pada Selasa (1/9) sore. Kejadian tersebut tidak berdampak terhadap operasional dan perjalanan LRT Jabodebek. Informasi mengenai adanya aroma menyengat di sekitar gardu PLN diterima petugas LRT Jabodebek yang sedang melakukan patroli pelayanan pada jam sibuk dari […]

expand_less